KOTA TINGGI: Polis menahan 58 individu atas pelbagai kesalahan dadah termasuk 13 orang yang sedang leka memasak air ketum dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Felda di sini, sejak semalam hingga pagi ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi bermula 11 malam dan berakhir 7 pagi tadi melibatkan empat kawasan Felda dan sebuah kawasan perumahan dengan 63 orang diperiksa.
"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 55 lelaki dan tiga wanita berusia antara 18 hingga 60 tahun.
"Ada yang kita tahan, seramai 13 orang sedang leka memasak air ketum di bawah khemah macam kenduri. Mereka beri alasan nak minum (air ketum) sebab perlukan tenaga untuk bekerja," katanya kepada pemberita selepas Program Dialog Ketua Polis Johor bersama warga Felda Kota Tinggi di Felda Adela di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor DCP M. Kumar dan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora.
Kamarul Zaman berkata hasil saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif terhadap dadah manakala 41 daripadanya memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah dengan seorang berstatus orang yang dikehendaki polis.
"Kita turut merampas 11.91 gram dadah disyaki jenis syabu, 6.05 gram heroin dan 1.9 liter air ketum," katanya dan menambah mereka direman empat hari bermula hari ini.
Sementara itu, Kamarul Zaman mengesahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menerima laporan daripada Pengarah Kesihatan Negeri Johor Datuk Dr Aman Rabu pada 11.30 malam semalam berkaitan akaun aplikasi Telegram yang dipercayai digodam 'scammer'.
"Pihak polis menerima satu laporan daripada Dr Aman tentang akaun Telegram yang digodam serta mesej yang dihantar meminta wang sebanyak RM2,000 menerusi akaun itu.
"Kita akan siasat perkara ini, jika ada mangsa yang mempunyai maklumat boleh tampil membuat laporan," katanya mengulas mengenai kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Johor hari ini supaya orang ramai tidak terpedaya dengan mesej meminta wang dengan menggunakan nama Dr Aman.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 11 2022
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berucap pada Program Dialog Ketua Polis Johor bersama Warga Felda Daerah Kota Tinggi di Dewan Semai Bakti , Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.